ஆசிரியர் துணைமி [TIPS GURU] #2:- 9 Tips Untuk Atasi Murid Enggan Jawab Soalan
RAMAI guru menghadapi situasi mencabar yang mana murid tidak memberikan
sebarang respon apabila di soal. Mengapa dan kenapa? Cari punca dan pastinya akan jumpa jalan penyelesaiannya.
Berikut adalah beberapa sebab dan cara untuk mengatasinya.
1) Tidak faham soalan. Apabila murid tidak memahami soalan jadi murid sukar untuk respon. Atasi dengan:
- Ubahsuai soalan atau permudahkan.
- Gariskan kata kunci.
- Berikan klue atau pembayang.
- Iringkan dengan bahan media.
- Jika perlu, tulis dan paparkan soalan supaya murid dapat fokus kepada maksud soalan.
- Berikan pujian.
- Berikan peluang menjawab secara berkumpulan dan berperingkat secara individu.
- Beri pujian dan dan terima jawapan jika berasas.
- Ada markah kerana cuba menjawab.
- Beri peluang sama rata.
- Minta rakan lain ulang jawapan.
- Perlu konsisten dalam memberikan ganjaran kepada murid.
- Sekurang-kurangnya ada pujian dan penghargaan.
- Sesi soal jawab perlu pelbagai suasana contohnya dalam bentuk Pop Quiz, Quizizz, Open Cards dan sebagainya.
- Nyatakan kenapa perlu cikgu menyoal dan murid menjawab: guru ingin tahu sejauh mana murid faham, soal jawab jadi petanda samada boleh atau tidak ke tajuk seterusnya dan sebagainya.
- Buat soalan dalam bentuk gamifikasi jadi murid ada sebab untuk terus menjawab.
- Pelbagaikan bentuk respon; lisan, bertulis dan perbuatan.
9) Batasan kemahiran berbahasa. Atasi dengan:
- Beri peluang murid menjawab dalam bentuk kata kunci atau beri masa untuk drafkan jawapan.
- Echo dan beri klu perkataan seterusnya kepada murid.
Comments
Post a Comment