SJK(T) LDG.SG.TIMAH - Guru Mengajar Sambil Menari; Murid Seronok Belajar
MENGAJAR hanya seorang murid tidak menjadi halangan bagi Cikgu G Puvaneswari memberi yang terbaik.
Guru Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai
Timah, Hilir, Perak itu berkata, jarak perjalanan dari rumah ke sekolah
mencecah 170 kilometer yang ditempuh setiap hari tidak pernah
menerbitkan rasa penat dan putus asa.
"Walaupun ini Sekolah Kurang Murid (SKM) dan murid saya hanya seorang
tetapi saya tetap menggunakan kaedah pengajaran abad ke-21 (PAK21) bagi
membantu murid lemah dalam mengenal huruf.
"Saya mengajar mereka menari sambil beljar di dalam kelas dan ternyata
kaedah ini membuatkan mereka cepat faham dan pandai," katanya.
Guru sekolah pedalaman itu berkata, sebelum mengajar beliau sentiasa menganggap dirinya juga seorang murid.
![]() |
Cikgu Puvaneswari bersama Adik Devan Raj |
"Sebelum mengajar saya sentiasa berimaginasi bahawa diri ini seorang murid, jadi apa yang hendak saya lakukan.. saya akan buat kepada murid saya," katanya.
Ditanya GPS Bestari mengenai video yang dimuat naik di Facebook yang
tular dan disukai ramai orang itu membuatkan Cikgu Puvaneswari tidak
menyangka ramai pula berkongsi kaedah tersebut dan mendapat komen
positif.
Menurutnya, beliau seorang yang cintakan seni kreatif sebab itulah
tercetusnya idea menggabungkan mainan dan tarian untuk kenali bunyi
huruf.
"Kaedah itu saya gunakan untuk ajar murid lemah, saya cuba ajar anak
murid saya T Devan Raj, Tahun Tiga itu kenali bunyi vokal huruf sambil
menari, ia berkesan jika dilihat dalam video tersebut.
"Saya mengkaji potensi murid Devan Raj, apa yang saya lihat dia lebih berminat belajar secara menari dan bermain," jelasnya.
"Saya kagum dan bangga dengan Cikgu Puvaneswari yang sentiasa berfikiran
inovatif serta kreatif dalam PdPc. Semangat dan pendirian tidak putus
asa dalam didikan anak muridnya merupakan identiti beliau sebagi seorang
guru 'berjiwa cikgu'." - K Sri Murugan, Guru Besar
Comments
Post a Comment